Aku suka melihat hujan
Ada kedamaian disudut hati
Ada ketenangan yang meyelimuti diri
Air mencurah bumi
Seolah-olah menunjukkan
Betapa pemurahnya Tuhan kita
Pemberian yang amat bermakna
Kenikmatan yang luas kurnian pencipta
Kulihat daun yang dicurahi hujan
Kelihatan menari kegembiraan
Dalam kesyukuran
Air yang mengalir
Membawa noda-noda serta kekotoran yang menyaluti
Dunia yang fana ini
Bunyi hujan yang menimpa atap zink
Melalui celahan atap
Lalu menyembah bumi
Amat mempersonakan mata memandang
Percikan hujan yang mengernai wajah
Amat menyegarkan
Mahu sahaja aku berlari
Berdiri dibumi hujan mencurah
Ingin sekali membiarkan diri dibasahi
Dilimpahi dengan hujan rahmat
Membasuh rohani dan batinku
Menyucikan hatiku dari sifat mazmumah
Membasuh pandanganku dari segala kemaksiatan
Menyalut diri dengan selendang keimanan
Yang dibasuh dengan air kesolehan
Tak dapat aku bayangkan andai dunia ini ketandusan hujan
Bagaikan hilang kasih sayang tuhan
Kerna bagiku hujan itu rahmat tuhan
Tanda kasih dan sayangnya pada makhluk didunia
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment