Tuesday, November 3, 2009

suara hati seorang wanita

Wanita...

renung dgn mata hati bukan dgn emosi

adakah hadirmu menguntungkan

atau sekadar mengisi kekosongan...



Wanita...

sering kali engkau berdusta

kononnya engkau di persenda

kerana hakmu di perguna

engkau seolah2 insan yg hina

hanya berada di belakang pemuda

sehingga timbul perbagai suara

menuntut hak sama rata..



Wanita...

adakah engkau lupa

engkau sebenarnya sangat istimewa

AYUH buka minda dan mata

untuk merenung seketika

agar engkau tak alpa

bahawa engkau terlalu mulia



Wanita...

engkau dijadikan bukan drpd kepala

utk menjadi ketua segala ketua

engkau bukan dijadikan drpd kaki

utk disepak dan di maki

tapi engkau dijadikan drpd tulang rusuk

yg terletak dekat dgn hati

utk di kasihi dan disayangi



Wanita...

dari rahim mu yg sepit itulah

lahirnya seorg perdana menteri

lahirnya seorg ulama sejati

lahirnya seorg Rasul dan Nabi

tidak dari rahim lelaki

tidakkah engkau mengerti

kedudukkan mu terlalu tinggi



Wanita...

mentaati mu tiket ke syurga

berbakti kpd mu pertunjuk sifat taqwa

mengasihi mu lambang akhlak mulia

mengabaikan mu membawa celaka

mengetepikan mu seolah2 tidak ada makna



Wanita...

andai pena dijadikan perantaraan

utk membuat segala kecacatan

utk membuktikan segala keistimewaan

nescaya tiada kemampuan

krn engkau terlalu diagungkan

cukuplah jika engkau telah

membuat persediaan

berlandaskan ilmu dan iman

bukan emosi dan perasaan

pasti engkau dapat

menerima KENYATAAN

bahawa engkau sebenarnya

terlalu di muliakan

mempunyai kedudukkan

yg tinggi disisi TUHAN....

No comments:

Post a Comment